Thursday, July 8, 2010
Lori Hicom : Pilihan Yang Bijak. Mengapa?
Mungkin tidak ramai daripada kita sedar bahawa pasaran kenderaan perdagangan di Malaysia semakin luas pasarannya. Jika kita menyusur di jalanraya sekarang, kita dapat lihat pelbagai model kenderaan perdagangan daripada kenderaan berat melebihi 10 000 KG sehinggalah kepada kenderaan pick-up dan van. Kenderaan perdagangan secara umumnya boleh dikategorikan kepada Kenderaan Berat, Kenderaan Ringan dan Sederhana dan Kenderaan pick-up dan Van. Kenderaan berat biasanya jenis kenderaan yang Berat Dalam Muatan (BDM) melebihi 7 000 KG dimana penggunaan kenderaan ini memerlukan lesen/Permit 'C' atau 'A' daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP). Manakala kenderaan ringan dan sederhana pula adalah kenderaan perdagangan dimana Berat Dalam Muatan (BDM) tidak melibihi 5 000 KG dan tidak memerlukan permit daripada LPKP
Labels:
lori hicom
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment